KUALA LUMPUR, 23 Ogos - Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini di tengah-tengah petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.
Seorang peniaga berkata sentimen pasaran dipengaruhi oleh kenaikan semula harga tenaga di Eropah dan angka ekonomi lemah yang mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan.
“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dikekang oleh ringgit yang terus lemah berbanding dolar AS dan kenaikan harga minyak,” katanya.
Harga minyak meningkat pada Selasa apabila Arab Saudi menyatakan hasrat untuk mengurangkan pengeluaran bagi membetulkan penurunan harga minyak baru-baru ini dan mengimbangi potensi lebihan bekalan di Iran, manakala kenyataan yang berbeza mengenai perjanjian nuklear antara Teheran dan Washington menunjukkan bahawa perjanjian itu tidak seperti apa yang dijangkakan sebelumnya.
Sementara itu, harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 5.5 sen kepada 649.5 sen sekilogram manakala lateks pukal susut 3.0 sen kepada 504.0 sen sekilogram.660.0
Pada 5 petang, harga penutup LGM bagi SMR 20 berada pada 660.0 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 505.5 sen sekilogram. - BERNAMA