KUALA LUMPUR, 17 November- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan positif minggu depan berikutan Kelewatan pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), ini akan memberi ruang kepada pasaran untuk pulih daripada ketidakpastian permintaan.
Tambahnya, cuaca buruk di kawasan pengeluar utama dijangka mengganggu bekalan, sekaligus menyokong kenaikan harga.
Sementara itu, Pakar industri, Denis Low berkata, aktiviti penyimpanan semula mampu menyeimbangkan harga dan permintaan.
Ujarnya, permintaan dijangka meningkat secara perlahan berikutan cuaca hujan di negara pengeluar getah dan ketidaktentuan ekonomi yang berterusan.
Setakat ini, harga SMR 20 turun 5.1 peratus kepada 848.50 sen sekilogram, manakala harga lateks meningkat sebanyak 0.5 sen kepada 677.50 sen sekilogram.