fb fb fb fb fb

Operasi BNM dorong kadar jangka pendek kekal stabil hari ini

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 6 November- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM47.31 bilion dan RM23.21 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat hari ini akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM1 bilion selama lapan hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

Ia juga akan mengendalikan  dua tender Qard iaitu tender RM200 juta untuk jangka masa lapan hari dan tender RM600 juta (14 hari) serta dua tender repo berbalik yang terdiri daripada tender RM1.5 bilion (30 hari) dan tender RM500 juta (92 hari).

Selain itu, bank pusat telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, ia akan menawarkan sehingga RM47.8 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM22.4 bilion bagi tender semalaman murabahah.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI