KUALA LUMPUR, 24 September - Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF) dijangka membantu syarikat pelabur di Malaysia mempraktikkan standard pelaporan kemampanan Antarabangsa.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata NSRF akan memastikan ketelusan pengurusan risiko, meningkatkan daya tahan perniagaan, dan menyumbang kepada agenda kemampanan negara.
"Ia menangani keperluan maklumat pelabur dan pembiaya untuk membuat peruntukan modal, serta menggalakkan kemakmuran ekonomi selari dengan penjagaan alam sekitar dan tanggungjawab sosial," katanya ketika berucap merasmikan NSRF di ibu negara.
Malaysia kini menyertai lebih 20 negara yang mewakili 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dalam menggunakan piawaian tersebut.