fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR tidak catat dagangan pada sesi awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Disember - Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives tidak diniagakan dalam masa 40 minit pertama.

Pada 9.20 pagi, kontrak bulan semerta Disember 2023, Januari 2024, Februari 2024 dan Mac 2024 semuanya masih terikat pada 97.23.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF