fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR kekal suram minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Januari- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal suram minggu depan.

Kontrak tidak diniagakan minggu ini, dengan kedua-dua jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.

Kontrak bulan semerta baharu Februari 2025, Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 semuanya berada pada 96.45.

Sementara itu, KLIBOR tiga bulan pendasar berada pada 3.67 peratus pada 24 Januari 2025.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM