fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR kekal lengang minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Februari- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal lengang minggu depan.

Kontrak itu tidak diniagakan pada minggu yang baru berakhir ini, dengan jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.

Kontrak semerta bulan Mac 2025, April 2025, Jun 2025 dan September semuanya berada pada 96.45.

Sementara itu, KLIBOR tiga bulan pendasar berada pada 3.66 peratus pada 21 Februari 2025.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM