fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR diunjur kekal lengang minggu depan

Foto fail

KUALA LUMPUR, 31 Mei - Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal lengang minggu depan.

Kontrak itu tidak diniagakan sepanjang minggu ini dengan jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.

Kontrak bulan semerta bagi Jun 2025, Julai 2025, Ogos 2025 dan September 2025 masing-masing berada pada 96.45.

Sementara itu, KLIBOR tiga bulan pendasar berada pada 3.50 peratus setakat 30 Mei 2025. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF