KUALA LUMPUR, 23 Januari - Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak diniagakan hari ini.
Kontrak bulan semerta Februari 2024, Mac 2024, Jun 2024 dan September 2024 semuanya ditutup pada 97.23.
Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka terus kekal sifar.
Pada penetapan 11 pagi KLIBOR tiga bulan pendasar berada pada 3.57 peratus. - BERNAMA