KUALA LUMPUR, 13 April- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal lengang minggu depan.
Kontrak itu tidak diniagakan pada minggu yang baru berakhir, dengan jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.
Kontrak bulan semerta bulan April 2024, Mei 2024, Jun 2024 dan September 2024 masing-masing ditambat pada 96.45.
Sepanjang minggu itu, pendasar tiga bulan KLIBOR berada pada 3.59 peratus.- BERNAMA