fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi semasa awal dagangan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 9 Mei- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi semasa awal dagangan pada Khamis.

Pada pukul 9.16 pagi, kontrak bulan semasa Mei 2024, dan Disember 2024 masing-masing meningkat 1.5 mata kepada 1,607.5 dan 1,601.0 manakala Jun 2024 dan September 2024 masing-masing menambah 2.0 mata kepada 1,608.5 dan 1,597.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,161 lot, dengan kepentingan terbuka pada 48,269 kontrak.

Pada 9.34 pagi, FBM KLCI meningkat 1.68 mata kepada 1,606.43 daripada 1,604.75 ketika ditutup semalam. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA