fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi pada awal dagangan

KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniaga lebih tinggi pada sesi awal dagangan pagi ini.

Pada pukul 9.20 pagi, bulan semerta Oktober 2023, November 2023 dan Disember 2023 masing-masing meningkat 6.5 mata kepada 1,439.5, 1,440.0 dan 1,440.5, dan Mac 2024 meraih 5.5 mata untuk mencatatkan paras 1,427.0.

Jumlah dagangan 1,630 lot, manakala kepentingan terbuka 48,197 kontrak.

Selepas 40 minit dagangan, penanda aras FBM KLCI mengukuh 5.83 mata kepada 1,441.48 daripada penutupan Selasa pada 1,435.65.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM