fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi dalam dagangan awal

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 4 April- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.

Pada pukul 9.19 pagi, bulan semasa April 2024 meningkat 3.5 mata kepada 1,543.50, Mei 2024 naik 5.0 mata kepada 1,546.00, Jun 2024 menambah 2.0 mata kepada 1,545.00 dan September 2024 naik 4.0 mata kepada 1,534.00.

Jumlah dagangan sebanyak 897 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 44,276 kontrak.

Pada pukul 9.41 pagi, FBM KLCI naik 5.81 mata kepada 1,542.82. - BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM