fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 Mei- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada pukul 9.16 pagi, kontrak bulan semasa Mei 2024 merosot 5.0 mata kepada 1,604.0, Jun susut 3.5 mata kepada 1,605.0, September 2024 berkurangan 5.5 mata kepada 1,593.0 dan Disember 2024 turun 8.0 mata kepada 1,596.5.

Jumlah dagangan sebanyak 4,047 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 72,353 kontrak.

FBM KLCI merosot 0.09 mata kepada 1,605.26 selepas 36 minit dagangan. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA