fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 5 Mac - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Selasa.

Pada 9.40 pagi, kontrak Mac 2024 dan April 2024 masing-masing menyusut 11.5 mata kepada 1,507.0 dan 1,509.0, manakala Jun 2024 rendah 12.0 mata kepada 1,512.0 dan September 2024 merosot 10.5 mata kepada 1,503.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,009 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 53,495 kontrak.

Pada 9.45 pagi, FBM KLCI menyusut 9.23 mata kepada 1,530.04. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF