fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Mac- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada pukul 9.40 pagi, kontrak Mac 2025 merosot 5.0 mata kepada 1,512.5, April 2025 dan Jun 2025, masing-masing berkurangan 4.0 mata kepada 1,515.5 dan 1,518.0 serta September 2025 susut 9.0 mata kepada 1,502.0.

Jumlah dagangan sebanyak 7,635 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,393 kontrak.

Bagaimanapun, pada pukul 9.45 pagi, FBM KLCI naik 0.70 mata kepada 1,547.97 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM