fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI meningkat pada sesi awal dagangan

(Foto Fail)

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan meningkat pada sesi awal Jumaat.

Pada pukul 9.20 pagi, Oktober 2023 naik 1.0 mata kepada 1,413.5, November 2023 meningkat 1.5 mata pada 1,415.0, Disember 2023 meraih 0.5 mata kepada 1,414.5 dan Mac 2024 menambah 2.0 mata kepada 1,404.5.

Jumlah dagangan sebanyak 787 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,461 kontrak.

Sementara itu selepas 40 minit dagangan dijalankan, FBM KLCI naik 2.16 mata kepada 1,417.76 daripada 1,415.60 pada akhir dagangan semalam. - BERNAMA


(Foto Fail)

Media Baharu