fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 10 Jun- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2024 turun 7.0 mata kepada 1,611.5, Julai 2024 susut 6.0 mata kepada 1,617.0, September 2024 berkurangan 5.5 mata kepada 1,602.5 dan Disember 2024 jatuh 6.5 mata kepada 1,608.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 6,076 lot daripada 8,478 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 50,488 kontrak daripada 53,827 kontrak sebelumnya.

Pada pukul 5.00 petang, FBM KLCI turun 3.49 mata kepada 1,614.37 daripada paras penutup 1,617.86 pada Jumaat minggu lepas.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM