fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah

(Foto Fail)

KUALA LUMPUR, 21 September- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada penutup dagangan, September 2023 merosot 10 mata kepada 1,441.5, Oktober 2023 berkurangan 8.5 mata kepada 1,444.5, Disember 2023 susut 9.5 mata kepada 1,445.0 dan Mac 2024 merosot 9.0 mata kepada 1,434.5.

Bagaimanapun, jumlah dagangan naik kepada 7,305 lot daripada 5,047 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 49,676 kontrak daripada 47,595 kontrak sebelum ini.

Pada pukul 5.00 petang, FBM KLCI merosot 3.35 mata kepada 1,448.21 daripada 1,451.56 pada Rabu.- BERNAMA


(Foto Fail)

Media Baharu