fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada penutup dagangan, Disember 2023, Januari 2024 dan Jun 2024, masing-masing berkurangan 3.5 mata kepada 1,450.5, 1,452.5 dan 1,438.5 manakala Mac 2024 merosot 3.0 mata kepada 1,438.0.

Jumlah dagangan, bagaimanapun, naik kepada 7,499 lot daripada 6,761 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 43,509 kontrak daripada 43,074 kontrak sebelum ini.

Pada pukul 5.00 petang, FBM KLCI merosot 1.56 mata kepada 1,449.46 daripada 1,451.02 pada Isnin.- BERNAMA

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM