fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup kebanyakkannya rendah

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 2 Jun- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2023 merosot 3.0 mata kepada 1,382.5, September 2023 turun 4.0 mata kepada 1,369.0, dan Disember 2023 merosot 6.5 mata kepada 1,368.0, manakala Jun 2023 meningkat 4.5 mata kepada 1,381.5.

Jumlah dagangan menyusut kepada 5,858 lot daripada 8,384 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka turun kepada 42,221 kontrak daripada 44,214 kontrak.

FBM KLCI merosot 1.75 mata kepada 1,381.26 berbanding 1,383.01. -BERNAMA

(Niaga hadapan FBM KLCI ditutup kebanyakkannya rendah)

Media Baharu