fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI dibuka tinggi

(Foto Fail)

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi pagi ini.

Pada pukul 9.55 pagi, kontrak Oktober 2023 meningkat 3.5 mata kepada 1,437.5, November 2023 menambah 2.5 mata menjadi 1,437.0, Disember 2023 naik 2.5 mata kepada 1,437.0 dan Mac 2023 mengukuh 4.5 mata kepada 1,428.0.

Jumlah dagangan 1,329 lot, manakala kepentingan terbuka 40,606 kontrak.

Selepas 55 minit dagangan, FBM KLCI turun 1.80 mata kepada 1,433.37 daripada penutupan Selasa pada 1,435.17. - BERNAMA


(Foto Fail)

Media Baharu