fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI dibuka meningkat

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 10 April- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) Bursa Malaysia Derivatives melantun semula ke paras lebih tinggi pada sesi awal dagangan Khamis.

Pada pukul 9.25 pagi, kontrak April dan September 2025 masing-masing meningkat 47.5 mata kepada 1,453.0 dan 1,436.0, Mei 2025 meraih 49.5 mata kepada 1,451.5 manakala Jun 2025 meningkat 48.0 mata kepada 1,448.0.

Dalam pada itu, FBM KLCI melonjak 61.40 mata kepada 1,461.99 selepas 42 minit dagangan dijalankan daripada 1,400.59 pada akhir dagangan semalam.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM