fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI bercampur-campur dalam dagangan awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 2 Mei- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives bercampur-campur dalam dagangan awal hari ini.

Pada pukul 9.22 pagi, kontrak April 2024 naik 0.5 mata kepada 1,577.0, Mei 2024 diniagakan tidak berubah pada 1,577.5 manakala Jun 2024 dan September 2024, masing-masing tidak diniagakan pada 1,564.0.

Jumlah dagangan sebanyak 492 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 45,536 kontrak.

Pada 9.27 pagi, FBM KLCI naik 0.61 mata kepada 1,576.58 daripada 1,575.97 pada Selasa. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA