fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas diunjur diniagakan positif minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 15 Jun- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan positif pada minggu depan susulan penurunan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, logam berharga itu dijangka terus meningkat berikutan hasil Perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih rendah dan diniagakan sekitar 4.207 peratus iaitu turun tiga mata asas pada Jumaat.

Pada asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, kontrak Jun 2024 turun kepada AS$2,322.4 setiap auns troy daripada AS$2,355.0 setiap auns troy minggu lepas manakala Julai 2024 merosot kepada AS$2,329.2 setiap auns troy daripada AS$2,361.80 setiap auns troy sebelum ini.

Kontrak-kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 rendah pada AS$2,344.8 setiap auns troy daripada AS$2,377.0 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan niaga hadapan emas di pasaran tempatan meningkat kepada 78 lot daripada 71 lot dalam minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 52 kontrak, seminggu sebelumnya.

Harga emas fizikal pada AS$2,310.80 setiap auns troy mengikut penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 13 Jun 2024. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA