fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 12 April- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan bagi hari ketiga dagangan berturut-turut untuk ditutup tinggi pada Jumaat apabila ketegangan geopolitik terus meningkatkan permintaan terhadap logam itu manakala kekukuhan dolar AS gagal menggugat daya tarikan jongkong.

Pada paras penutup, kontrak bulan semerta April 2024 meningkat kepada US$2,402.4 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,374.4 pada Selasa manakala Mei 2024 naik kepada US$2,418.2 daripada US$2,390.2 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup tinggi pada US$2,423.7 setiap auns troy daripada US$2,395.7.

Jumlah dagangan berkurangan kepada lapan lot daripada 28 lot manakala kepentingan terbuka turun kepada 44 kontrak daripada 62 pada Selasa.

Menurut London Bullion Market Association pada 11 April, harga emas fizikal berada pada US$2,345.65 setiap auns troy.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN