fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini apabila para pelabur mengambil kesempatan mengumpul aset selamat susulan kebimbangan terhadap kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS).

Kontrak bulan semerta Februari 2025 meningkat kepada US$2,807.20 setiap auns troy daripada US$2,794.0 setiap auns troy pada Isnin.

Kontrak Mac 2025 juga naik kepada US$2,819.20 setiap auns troy daripada US$2,802.50 setiap auns troy.

Kontrak April 2025, Mei 2025 dan Jun 2025 kekal kukuh pada US$2,826.20 setiap auns troy daripada US$2,815.10 setiap auns troy.

Jumlah dagangan susut kepada 34 lot daripada 53 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada 73 kontrak daripada 78 kontrak.

Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 3 Feb, harga emas fizikal berada pada US$2,826.10 setiap auns troy.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN