fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, seiring dengan pergerakan harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 meningkat kepada US$2,429.8 setiap auns troy daripada US$2,414.0 setiap auns troy semalam.

Sementara itu kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 melonjak kepada US$2,445.80 setiap auns troy daripada US$2,430.0 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menokok kepada 29 lot daripada lima lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 36 kontrak daripada 12 kontrak.

Menurut penetapan harga London Bullion Market Association pada 15 Julai, harga emas fizikal berada pada US$2,421.25 setiap auns troy.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN