fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 10 Mei- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi niaga hadapan emas di COMEX Amerika Syarikat.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 naik kepada AS$2,380.80 setiap auns troy daripada paras penutup AS$2,319.0 pada Khamis.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup tinggi kepada AS$2,390.80 setiap auns troy berbanding AS$2,328.90 pada Khamis.

Jumlah dagangan meningkat kepada 72 lot daripada 17 lot manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 106 kontrak daripada 52 kontrak sebelum ini.

Menurut London Bullion Market Association pada 9 Mei, harga emas fizikal berada pada AS$2,325.70 setiap auns troy. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA