fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 8 Mei - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit hari ini meskipun dolar AS yang lebih kukuh.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 meningkat sedikit kepada US$2,326.60 setiap auns troy daripada US$2,326.0 setiap auns troy pada Selasa.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024, semuanya ditutup tinggi kepada US$2,336.50 setiap auns troy berbanding US$2,335.90 pada Selasa.

Jumlah dagangan merosot kepada 28 lot daripada 31 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 61 kontrak daripada 51 kontrak sebelum ini.

Menurut London Bullion Market Association pada 7 Mei, harga emas fizikal berada pada US$2,319.60 setiap auns troy. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF