fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, berikutan prestasi dolar AS yang sederhana menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) esok.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2024 meningkat kepada US$2,186.10 setiap auns troy daripada US$2,176.10 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.

Kontrak bagi April 2024, Mei 2024, Jun 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,196.40 setiap auns troy berbanding US$2,186.40 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 13 lot daripada 41 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 39 kontrak daripada 63 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 8 Mac, harga emas fizikal berada pada US$2,171.20 setiap auns troy.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN