fb fb fb fb fb

Khazanah Nasional terbuka kaedah strategi pertumbuhan Malaysia Airlines

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Khazanah Nasional Berhad sebagai pemegang saham tunggal Malaysia Airlines Berhad, terbuka kepada semua kaedah untuk mencapai strategi pertumbuhan syarikat penerbangan nasional itu.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, ini termasuk mengukuhkan laluan jarak jauh penerbangan.

Aset Penerbangan Khazanah itu menunjukkan prestasi operasi yang lebih baik dan pihaknya akan mengambil peluang untuk menjadi lebih berdaya tahan.

"Kami melihat prestasi positif Malaysia Airlines. Ini kerana penerbangan itu mengambil peluang daripada krisis global dan menjadi lebih berdaya tahan.

"Kita dapat lihat struktur modal seperti kewangan dan kos yang mana mengurangkan elemen kos tetap dan ini memberi peluang kepada syarikat penerbangan itu fokus dalam menjana tunai,"katanya.

Malaysia Aviation Group Berhad mencatatkan keuntungan bersih selepas cukai yang positif untuk pertama kalinya dalam tempoh setahun penuh.

Beliau berkata demikian dalam taklimat media prestasi tahunan Khazanah Nasional.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE