KUALA LUMPUR, 16 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis dengan sejumlah 185 lot diniagakan.
Kontrak niaga hadapan emas bagi bulan semerta Mac 2023 meningkat kepada US$1,923.10 setiap troy auns manakala April 2023 menokok kepada US$1,929.20 setiap troy auns.
Sementara itu, kontrak bagi Mei 2023, Jun 2023, Ogos 2023 dan Oktober 2023 semuanya berada pada US$1,929.20 setiap troy auns.
Harga emas fizikal berada pada US$1,923.40 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 15 Mac, 2023.- BERNAMA
(Foto hiasan)