fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek ditutup stabil

KUALA LUMPUR, 16 Mac - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Selasa susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.10 bilion daripada RM54.33 bilion pada sebelah pagi manakala mudah tunai dana Islam berkurangan kepada RM18.81 bilion daripada RM19.26 bilion.

Terdahulu, bank pusat menawarkan empat tender pasaran wang konvensional, satu tender Qard dan satu tender repo berbalik.

Ia juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, serta Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.


(Foto fail)

Sementara itu, bank pusat menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM17.6 bilion kepada RM17.8 bilion.

Pada 4 petang, BNM menawarkan satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM51.1 bilion dan satu tender pasaran wang Murabahah RM17.8 bilion, kedua-dua bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 15 Mac, 2023. -BERNAMA

Media Baharu