fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 9 Januari - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2024 naik kepada US$2,041.10 setiap auns troy daripada US$2,033.40 setiap auns troy pada Isnin manakala Februari 2024 meningkat kepada US$2,051.70 setiap auns troy daripada US$2,044.10 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak bagi Mac 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya menokok kepada US$2,058.20 setiap auns troy daripada US$2,050.60 setiap auns troy.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 51 lot daripada 58 lot manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 147 kontrak daripada 133 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 8 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,025.10 setiap auns troy. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF