fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2023 meningkat kepada US$2,076.50 setiap troy auns daripada US$2,069.20 setiap troy auns pada Rabu manakala kontrak Januari 2024 naik kepada US$2,085.30 daripada US$2,079.20 sebelumnya. 

Kontrak bagi Februari 2024, Mac 2024 dan April 2024 semuanya ditutup tinggi pada US$2,095.00 setiap troy auns daripada US$2,088.90 setiap troy auns sebelumnya. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 362 lot daripada 236 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 576 kontrak daripada 451 kontrak. 

Menurut London Bullion Market Association pada 27 Dis harga emas fizikal berada pada US$2069.40 setiap troy aun.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI