KUALA LUMPUR, 21 November - Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi suram pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS).
Kontrak bulan semasa November 2025 susut kepada US$4,058.20 setiap auns troy daripada US$4,063.30 setiap auns troy semalam, Disember 2025 turun kepada US$4,076.30 setiap auns troy daripada US$4,080.60 setiap auns troy sebelum ini manakala Januari 2026 berkurangan kepada US$4,092.50 setiap auns troy daripada US$4,098.10 setiap auns troy.
Selain itu, kontrak Februari, April dan Jun 2026 juga ditutup lebih rendah pada US$4,108.90 setiap auns troy berbanding US$4,114.50 setiap auns troy sebelum ini.
Jumlah dagangan meningkat kepada 109 lot daripada 59 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 150 kontrak daripada 96 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association, harga emas fizikal berharga US$4,090.60 setiap auns troy pada 20 Nov, 2025. -BERNAMA