KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, mencerminkan kelemahan pasaran emas global menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat pada Rabu.
Pada penutup dagangan, kontrak niaga hadapan emas bulan semerta Oktober 2024 berkurang kepada AS$2,649 setiap auns troy daripada AS$2,663.30 setiap auns troy pada Isnin manakala November 2024 susut kepada AS$2,670.8 setiap auns troy daripada AS$2,684.70 sebelumnya.
Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 and Februari 2025 semuanya ditutup rendah kepada AS$2,671.3 setiap auns troy daripada AS$2,685.20 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan menaik kepada 11 lot daripada tiga lot semalam manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 20 kontrak daripada 19 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 7 Oktober 2024, harga emas fizikal berada pada AS$2,640.95 setiap auns troy. - BERNAMA