fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM34.80 bilion daripada RM36.15 bilion pagi ini manakala dana Islam meningkat kepada RM19.50 bilion daripada RM17.86 bilion.

Terdahulu, bank pusat menawarkan tender repo berbalik semalaman.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Bank pusat telah menyemak semula tender semalaman Murabahah kepada RM19.5 bilion daripada RM17.9 bilion.

Pada 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM34.80 billion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM19.50 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 7 Okt, 2024.- BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA