fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Januari - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2024 turun kepada US$2,033.40 setiap auns troy daripada US$2,048.90 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas manakala Februari 2024 susut kepada US$2,044.10 setiap auns troy daripada US$2,058.60 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak bagi Mac 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya turun kepada US$2,050.60 setiap auns troy daripada US$2,065.10 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 58 lot daripada 71 lot manakala kepentingan terbuka susut kepada 133 kontrak daripada 136 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 5 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,056.35 setiap auns troy.- BERNAMA

TETITIA YUSOFF