KUALA LUMPUR, 3 Oktober - Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung,
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta baharu Oktober 2025 merosot kepada AS$3,872.8 setiap auns troy daripada AS$3,890 ketika ditutup pada Khamis, November 2025 turun kepada AS$3,891.0 setiap auns troy daripada AS$3,908.2 semalam, manakala Disember 2025 merosot kepada AS$3,905.9 setiap auns troy daripada AS$3,923.5.
Sementara itu, kontrak Januari 2026 menguncup kepada AS$3,922.9 setiap auns troy daripada AS$3,940.5 semalam manakala Febuari 2026, April 2026 dan Jun 2026 masing-masing berkurangan kepada AS$3,939.8 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan merosot kepada 212 lot daripada 362 lot semalam manakala kepentingan terbuka turun kepada 259 kontrak daripada 420 kontrak sebelumnya.
Emas fizikal berada pada AS$3,878.10 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 2 Oktober, 2025.- BERNAMA