fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 4 Jun - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, apabila data Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan ISM Amerika Syarikat (AS) menunjukkan penurunan, yang mengukuhkan jangkaan pasaran terhadap kadar faedah yang lebih rendah.

Pada penutupan dagangan, kontrak Jun 2024 dan Julai 2024 masing-masing turun kepada AS$2,339.30 setiap auns troy daripada AS$2,353.60 yang dicatatkan pada Jumaat lepas.

Walau bagaimanapun, kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 masing-masing kukuh pada AS$2,361.3 setiap auns troy daripada AS$2,353.60 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan berkurang kepada tiga lot daripada empat lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka susut kepada 24 kontrak daripada 25 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada AS$2,337.70 setiap auns troy, menurut Persatuan Pasaran Jongkong London bagi penetapan petang pada 3 Jun.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN