fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Februari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan emas Comex Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2024 turun kepada US$2,027.90 setiap auns troy daripada US$2,039.20 setiap auns troy pada Selasa, manakala Mac 2024 merosot kepada US$2,034.40 setiap auns troy daripada US$2,045.70 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak bagi April 2024, Mei 2024, Jun 2024 dan Ogos 2024 semuanya ditutup rendah kepada US$2,045.40 setiap auns troy berbanding US$2,056.70 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan tidak berubah pada tujuh lot, manakala kepentingan terbuka turun kepada 66 kontrak daripada 72 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,035.05 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 27 Februari.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN