fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

KUALA LUMPUR, 21 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki niaga hadapan emas semalaman di COMEX New York Mercantile Exchange.

Niaga hadapan emas merosot pada Khamis, berikutan kenyataan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang menyokong kenaikan kadar faedah selepas mesyuarat dasar bagi September berakhir pada Rabu, mendorong permintaan baharu untuk dolar dan meningkatkan tekanan ke atas harga logam, kata seorang penganalisis.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2023 turun kepada US$1,924.90 setiap auns troy daripada US$1,933.50 setiap auns troy pada Rabu manakala Oktober 2023 merosot kepada US$1,934.20 daripada US$1,942.30.

Kontrak November 2023, Disember 2023, Februari 2024 dan April 2024, semuanya ditutup pada US$1,942.80 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 58 lot daripada 10 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 116 kontrak daripada 68 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$1,943.35 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 20 Sept.- BERNAMA


(Foto hiasan)

Media Baharu