fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup lebih rendah

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas di COMEX Amerika Syarikat (AS) / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Mei - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas di COMEX Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 menurun kepada AS$2,311.0 setiap auns troy daripada paras penutup AS$2,312.90 setiap auns troy pada Khamis.

Kontrak bagi Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup rendah kepada AS$2,322.60 setiap auns troy daripada AS$2,323.80 pada Khamis.

Jumlah dagangan tidak berubah pada tiga lot, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 22 kontrak berbanding 21 kontrak sebelum ini.

Menurut London Bullion Market Association pada 1 Mei, harga emas fizikal berada pada AS$2,288.85 setiap auns troy.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN