fb fb fb fb fb

Mustakim Mohamad dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan TH

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Lembaga Tabung Haji (TH) melantik Mustakim Mohamad sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan berkuat kuasa 16 Disember ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Dato' Sri Amrin Awaluddin berkata dengan pengalaman Mustakim selama 18 tahun dalam bidang pengurusan kewangan, pelaburan dan operasi di TH, ia diyakini membantu mengukuhkan pentadbiran TH.

"TH juga yakin kepakaran beliau dapat mengukuhkan lagi pentadbiran kewangan dan membantu Kumpulan TH menghadapi persekitaran ekonomi yang sangat mencabar akibat kesan wabak Covid-19, jelasnya menerusi satu kenyataan.

Mustakim telah memangku jawatan Ketua Pegawai Kewangan susulan peletakan jawatan Datuk Merina Abu Tahir.

Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Eksekutif Operasi dan pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH pada Ogos 2018 sehingga April 2020.

Berkelulusan Sarjana Kewangan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia, Mustakin adalah seorang akauntan bertauliah yang diiktiraf Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Media Baharu