fb fb fb fb fb

MTA lancar Hijrah27, usaha perkukuh transformasi, hala tuju takaful

Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Mohd Radzuan Mohamed

KUALA LUMPUR, 9 November- Persatuan Takaful Malaysia (MTA) melancarkan Hijrah27, bagi memperkukuhkan pelan transformasi hala tuju industri takaful.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Radzuan Mohamed, pelan tersebut mengandungi kerangka bagi pertumbuhan mampan, akses yang lebih luas, inovasi serta nilai sosial yang berimpak tinggi.

Rangka kerja pelan itu memberi tumpuan kepada peningkatan pemahaman
orang ramai tentang takaful dan meluaskan jangkauan kepada mereka yang tidak mempunyai akses termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

"Sebelum ini isu 'unserve' dengan 'underserve' ini dalam pelan BBIT yang dikeluarkan 2021 dan Financial Sector Blueprint 2022.

Maka, sebab itu kita tampil dengan pelan transformasi ini. Hijrah27 memberi cara berkaitan teknologi, infrastruktur dan pengedaran yang boleh kita gunakanlah," kata Mohd Radzuan kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas pelancaran di Majlis Pelancaran Hijrah27 oleh Persatuan Takaful Malaysia.

Tambahnya, pelan tersebut turut menggalakkan inisiatif yang sejajar dengan aspek persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).

Untuk jangka panjang, ia diharap dapat menjadikan takaful lebih inklusif dan responsif terhadap keperluan rakyat Malaysia yang pelbagai, serta memacu industri Takaful secara berterusan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM