fb fb fb fb fb

MOT struktur semula cukai jalan kenderaan elektrik

Foto Hiasan

SEPANG, 6 November - Kerajaan akan mengumumkan struktur cukai jalan untuk kenderaan elektrik (EV) sebelum akhir tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata struktur cukai jalan itu akan berkuat kuasa selepas tahun 2025 iaitu selepas berakhirnya tempoh insentif pengecualian cukai kenderaan EV.

"Kita telah bentangkan kepada Pasukan Petugas Khas EV untuk pastikan supaya struktur cukai jalan untuk EV ini lebih kompetitif dan tidak membebankan supaya menggalakkan penerimaan orang ramai terhadap pembelian kereta-kereta EV ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Rel Antarabangsa, di sini.

Tambah Loke, pelanjutan tempoh insentif pengecualian cukai akan diputuskan oleh Kementerian Kewangan.

Sebelum ini, Loke memaklumkan, pihaknya sedang mengkaji semula kadar bayaran cukai jalan bagi kenderaan elektrik supaya ia lebih rendah berbanding kenderaan biasa.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN