fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024: MIPFM syor pengurangan cukai panel solar kediaman

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM) berharap tarif elektrik bagi kediaman strata dikaji semula menerusi Belanjawan 2024, khususnya melibatkan pangsapuri servis yang digunakan untuk kediaman.

Pihak tersebut turut mengesyorkan pengurangan cukai ke atas panel solar untuk kegunaan kediaman.

Langkah itu bertujuan menjadikan pelaburan dalam peralatan terbabit untuk pemilik hartanah lebih menarik.

"MIPFM juga berharap pengurangan kadar penilaian kediaman dipertimbangkan bagi pemilik hartanah yang menjalankan aktiviti kelestarian atau bangunan hijau," menurut kenyataan.

Institut berkenaan yakin usul terbabit akan mewujudkan komuniti strata sejahtera, seiring cadangan komprehensif kerajaan mengenai perumahan strata dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

(FOTO HIASAN)

Media Baharu