fb fb fb fb fb

Minat pelabur asing kembali kukuh, pegangan meningkat kepada RM294 bilion

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 3 OKTOBER - Minat pelabur asing terhadap bon tempatan kembali kukuh pada Ogos dan September lalu didorong kemungkinan jangkaan pelonggaran dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) yang turut mengekang pengukuhan dolar AS.

Menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB), pelabur asing mencatatkan belian bersih bon ringgit berjumlah RM3 bilion pada Ogos, sekali gus menamatkan trend jualan selama dua bulan.

''Momentum belian ini meningkatkan aliran masuk bersih setakat tahun ini kepada RM19 bilion dengan pegangan asing keseluruhan meningkat kepada RM294 bilion.

''Pegangan asing dalam sekuriti kerajaan Malaysia (MGS dan GII) pula meningkat kepada 21.3 peratus berbanding 21.1 peratus pada Julai,'' menurut bank pelaburan itu dalam nota penyelidikannya hari ini.

Sementara itu, Malaysia dan Filipina mencatatkan pemulihan aliran dana asing masing-masing berjumlah AS$20 juta dan AS$50 juta pada bulan lalu.

Manakala Indonesia menyaksikan jualan bersih asing sebanyak AS$200 juta.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2025, semua negara ASEAN-5 kekal dalam kedudukan jualan bersih asing, dengan Vietnam mendahului sebagai pasaran paling banyak merekodkan aliran keluar.

Trainee